TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pelajar sekarang terlalu dibebankan
dengan buku dan proses pengajaran berorientasikan pendidikan. Kaedah
pembelajaran sebegini sangat memerlukan pelajar mengingat dan menghafal. Dalam
dunia ledakan maklumat, pelajar memerlukan kaedah pembelajaran secara aktif di
mana, minda palajar lebih bebas berfikir dan aktif dalam menjana maklumat.
Untuk melaksanakan konsep pembelajaran aktif dengan teknologi maklumat sebagai
alat utama, infrastruktur asas diperlukan bagi membolehkan pengetahuan didapati
bila- bila masa pada hujung jari.
Dengan adanya komputer peribadi
multimedia, kaedah pengajaran akan menjadi semakin mudah, interaktif dan
menyeronokkan. Di negara maju, penggunaan komputer sebagai alat dalam bilik
darjah sudah menjadi perkara biasa. Sekolah bestari yang dipelopori oleh
Kementerian Pendidikan bakal menjadikan pelajar- pelajar mengenali dunia
komputer pada peringkat awal persekolahan. Perkara ini amat penting bagi memenuhi
cabaran pendidikan abad ke-21.
Kita juga harus sedar, untuk
melahirkan pakar dalam pelbagai bidang kemahiran bukan hanya mengambil masa
beberapa tahun. Ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman yang luas. Oleh
itu, generasi muda hari ini perlu dilatih dari kecil lagi untuk mempelajarinya. Pengenalan subjek Teknologi Maklumat komunikasi (TMK) sebagai mata pelajaran baru dalam KSSR merupakan satu langkah permulaan ke arah matlamat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan